Thursday, December 6, 2007
Monday, December 3, 2007
izinkan ku pergi-kaer
Disertakan lirik lagu ini. Ia dtujukan khas buat guru-guru yang akan berpindah ke.................adios. salam jumpa lagi
Izinkanku Pergi
Kaer
Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bangunlah semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat jiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
Oooohhh... Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Maafkan daku
Duhai kasih
Izinkan ku pergi
Lagu/Lirik: Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak
Vokal: Kaer
meniti suratan
This is my favorite song. Actually this song like for my life. So this is my reality life. Ku akui di atas semua kejayaan yang ku miliki, dibelakangku atas dorongan seorang perempuan bergelar isteri. Dari seorang yang tiada harapan sehinggalah menikmati keidupan yang suksess dan berjaya.
Di tahun-tahun 1980an berbekalkan SPM Pangkat 1 (1985)dan STPM (1987), diwaktu itu golongan berpendapatan rendah yang seangkatan denganku hanya mampu sekadar bekerja kilang sahaja, almaklumlah peluang pekerjaan diwaktu itu sangat-sangat terhad terutama bagi kaum Melayu.Dari kilang kain di Batu Pahat, ku merantau ke Pasir Gudang(1988). kerjayaku dimulai dengan menjadi seorang jaga dipelbagai permis, store keeper kilang,sehinggalah kerjaya ku yang terakhir dalam bidang perindustrian sebagai Penyelia Stor dan Forklift di Kilang Heavy Industri membuat kontena milik konglomerat Evergree(1989-1991).
Jodoh aku di kilang itu idak panjang. Aku telah bergaduh dengan Mr Chang, pengurus ku disebabkan salah seorang pemandu forklift seliaanku menghilangkan diri selama separuh hari telah ditangkap olehnya ketika sedang tidur di atas pam jamban. Lantaran itu aku nekad berhenti kerja dengan notis sebulan. Kerja kilang benar-benar mencabar perasaan kita.
Namun rezekiku bertambah baik, 2 minggu selepas bernikah pada tanggal 11 Mei 1991 lamaranku untuk menjadi guru diterima pada kemasukan sesi 1991/1993. Aku ke Maktab Perguruan Kota Bharu dan 3 tahun kemudian aku mengajar di SK Taman Rinting 1.Kerjaku macam biasa selain mengajar, aku juga menyibukkan diri dalam lapangan sukan.Beberapa jawatan telah kusambar bila diberi peluang antaranya memangku jawatan Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 1998 di SKTR1, Setiausaha Sukan Zon Masai mlai tahun 1998 hingga 2001.
Kenalanku telah bertambah di peringkat pengurusan tertinggi iaitu PPD, Majlis Guru Besar dan pengurusan pihak sekolah. Rezekiku bertambah baik. 8 tahun kemudian aku dinaik pangkat menjadi Penolong Kanan 1 (walaupun hanya lantikan peringkat dalaman dengan tambahan elaun) di SK Bandar Seri Alam 1 mulai 16 Jun 2001 hingga 20 Oktober 2002 kerana aku lebih berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Sains Sukan peringkat sarjana muda dengan kepujinan seterusnya telah dianugerahkan dengan pencapaian cemerlang (sama taraf kelas pertama) pada 6 September 2007 yang lalu.
Bidang sukan bukan pembunuh masa dean. Ramai rakan-rakan seguruku samada senior aau junior dari Pusat Sukan, Universiti Malaya telah mendapat kerja yang baik samada di premis kerajaan atau swasta. Contohnya di Majlis-majlis Sukan Negara/Negeri atau syarikat yang senama dengannya. Rupanya bidang sukan masih mempunyai peluang yang luas untuk diterokai mengikut kelompok disiplin ilmu sukan utama iaitu bidang pengurusan sukan, biomekanik, fisioterapi, kejurulatihan dan psikologi sukan.
Di atas kejayaan ini selainku didedikasikan kepada Nor Afiza (isteri) dan anak-anak, kurakamkan juga kejayaan ku ini khas buat En Aziz, pakar psikologi sukan yang menerimaku masuk setelah menginteriewku selama 30 minit dengan soalan-soalan yang berat, DR Munir Pensyarah Penyelia kesayangan,DR Salleh Aman Pensyarah Pembimbing Mini Tesis yang sangat ramah dan mesra, Dr Salena yang cun dan mengambil berat dan penuh perhatian dalam bidang pemakanan dan fisiologi sukan,Pensyarah-pensyarah lain (tidak disebutkan dalam ruangan sempit ini) yang mencurahkan ilmu dan idea dengan ikhlas dan rakan-rakan seperjuangan seperti Cikgu Sobahoul Khairi(Terengganu), Cikgu Adli(Perak),Cikgu Salleh(Selangor), Cikgu Mat AK Hasan(Sarawak) Cikgu Liew Toh Fat(Penang), Cikgu Zain(N. Sembilan), Cikgu Shakari, Cikgu Jais dan rakan Junior En Mohd Fadzil(Pegawai Pembangunan Sukan Majlis Sukan N. Sembilan) dan rakan-rakan yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negara dan negeri-negeri lain serta Intitusi Sukan Negara. Pada mana-mana member guru diseluruh negara andai terlihat clip ini bolehlah menyumbang idea melalui ruangan komen untuk memperbaiki disiplin anak bangsa kita yang kini mulai runtuh serba serbinya baik mental, jasmani, emosi dan sahsiahnya. Memang kitalah yang dipertanggungjawabkan membentuknya selepas ..